Hati dan Iman semut
Pada zaman Nabi Allah Sulaiman, berlaku satu peristiwa antara Baginda dan seekor semut.
Apabila Baginda ternampak semut itu melata di atas batu, Baginda berasa sangat hairan bagaimanakah seekor semut kecil boleh hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
Lalu Baginda pun bertanya kepadanya: "Wahai semut, apakah engkau yakin ada makanan yang cukup untukmu?".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH. Aku percaya dan yakin di atas batu yang kering di padang pasir yang tandus ini pon ada rezeki untukku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan sebulan? Dan apakah yang engkau gemar makan?"Maka jawab semut; "Aku hanya makan sekadar sebiji gandum sebulan".
Lantas baginda pun mencadangkan; "Kalau engkau hanya makan sebiji gandum sebulan, tidak perlulah engkau melata di atas batu. Aku boleh menolongmu". Kemudian Nabi Allah Sulaiman pun mengambil sebiji bekas lalu diletakkan semut didalamnya beserta sebutir gandum. Kemudian Baginda meninggalkan bekas tersebut selama sebulan.
Apabila cukup sebulan Nabi Allah Sulaiman mendapati gandum itu hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Baginda menemplak semut; "Engkau rupanya berbohong padaku!.Bulan lalu engkau katakan bahawa engkau makan sebiji gandum sebulan. Ini sudah sebulan, tetapi engkau hanya makan setengah!"
Jawab semut: "Aku tidak berbohong! Aku tidak berbohong!Sekiranya aku berada di atas batu, aku pasti akan makan apa jua sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum untuk sebulan. Ini kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah, dan Allah tidak pernah lupa padaku.
Tetapi apabila engkau memasukkan aku kedalam bekas, rezeki aku bergantung pada engkau. Aku tidak percaya pada manusia, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya ianya tahan untuk dua bulan. Aku takut engkau lupa…"
Itulah Iman Semut!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment