LafazkaNLah KAsiH

0
Lafazkanlah Kasih

Zulkarnaian bertemu kembali dengan Hazwani setelah sekian lama terpisah,Nine bertanyakan khabar Haz dan juga Uzair.Hazwani dan Uzair sudah lama tak bertemu iaitu semenjak 2 tahun lalu.Dan kemudiannya Nine meminta Haz menceritakan hal yang sebenar.
Haz dan Uzair bertemu secara tak sengaja .Suatu masa itu,ketika Haz ,Nine dan Ira sedang mencari buku rujukan,mereka terserempak dengan Uzair dan beberapa orang kawannya.Mereka sempat berkenalan,Nine yang menyimpan hati kepada Haz tension melihat mereka,gelagatnya itu diperhatikan Ira.
* * *
Kemasukan pelajar tingkatan 4 sudah bermula,kebetulan pula Uzair memasuki sekolah dan kelas yang sama dengan Haz.Mereka bertembung dan berbual panjang.Mereka berempat(Uzair,Haz,Ira dan Nine)kemudiannya banyak menghabiskan masa bersama ,mentelaah,membeli buku rujukan dan sebagainya.Pada asalnya Haz dan Uzair hanyalah kawan biasa sepertimana Haz dengan Nine tetapi akhirnya berubah menjadi perasaan cinta.Haz bahagia menjadi menjadi couple Uzair.Uzair banyak membantu dalam apa sahaja hal terutama pelajaran.Uzair merupakan pelajar terbaik dalam aliran sains tulen,baginya cinta-cinta juga,tapi study first ,dia berpegang kepada prinsip'study first before you love someone',okey!!.Tanpa Haz sedar hubungan mereka diketahui oleh rakan-rakan terutama Nine dan Ira dan Nine pasrah.
Sepanjang perkenalan mereka ,masalah tak banyak timbul,Haz beruntung kerana jika masalah timbul,Uzair takkan membiarkannya berpanjangan ,kini sudah lebih 1 1/2 tahun mereka bercouple.SPM makin dekat,mereka berempat banyak menghabiskan masa mentelaah.Nine senang begitu sungguhpun hatinya membara .SPM bakal menjelang dan hari itu pun sampai juga dan setelah sebulan setengah,berakhirlah penyeksaan bagi pelajar SPM.Di dalam masa menunggu keputusan,mereka berempat mencari kerja,Ira dan Haz mendapat kerja ditempat yang sama.Manakala Nine dan Uzair ditempat yang berlainan.
* * *
Setelah 3 bulan,keputusan SPM diumumkan,dan alhamdulillah mereka berempat mendapat 11 A1,kegembiraan terpancar diwajah masing-masing.Mereka pun pulang dengan kejayaan masing-masing.Tak lama kemudian,Uzair memberitahu Haz yang dia mendapat tawaran ke Universiti di Overseas.Haz happy kerana kejayaannya melanjutkan pelajaran tapi Haz amat sedih kerana terpaksa berpisah, Uzair akan berada disana dalam 6-7 tahun.Malangnya selepas Uzair terbang kesana ,dia langsung tak menghubungi Haz.Haz tetap menanti dan terus menanti.Bertambah menyedihkan selepas 2 bulan,Nine datang membawa khabar yang dia akan melanjutkan pelajarannya, mungkin 7 tahun disana.Aduh!!!terseksa Haz,dua orang temannya pergi meninggalkannya,tapi pada hakikatnya,Nine pergi kerana tak sanggup melihat kekasih hatinya itu jatuh ketangan orang lain,oleh itu dia mengambil keputusan untuk pergi jauh sambil melanjutkan pelajaran.
* * *
Kini tinggallah Haz seorang apabila Ira juga turut meninggalkannya.Tetapi setelah 7 bulan dia mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke U.S selama 5 tahun.Disana Haz berkenalan dengan seorang kawan bernama Fitri Norhafiz dan dipanggil Pit atau Hafiz.Haz selesa berkawan dengannya .Haz tertawan dengan budi pekerti dan rupa parasnya,manis dan tenang apabila memandangnya.Haz turut berkenalan dengan seorang gadis kacukan cina-melayu yang bernama Saleha ,Haz memanggilnya Leha atau Lea dan Haz selesa memanggilnya Leha.Mereka bertiga bersahabat baik,Haz menceritakan segalanya tentang Uzair kepada Pit tetapi tidak kepada Leha mungkin kerana malu .Pit bertanyakan Haz dimanakah Uzair tetapi Haz hanya membisu,apa lagi yang mampu dia lakukan selain membisu sahaja,manakala Leha lain pula ceritanya kerana Leha banyak menceritakan tentang seorang lelaki yang diminatinya,iaitu sepupunya yang bernama Uzair,tapi tak terlintas lansung Uzair yang mana satu,mungkinkah Uzair yang dikenalinya? itu lansung tidak terlintas dikepalanya.
* * *
Pejam celik,pejam celik,pejam celik sudah 5 tahun pun berlalu,jurusan komputer yang diambil telah pun tamat,Haz pulang dengan segulung ijazah,dia pulang sendirian kerana kedua-dua rakannya itu pulang agak lewat sedikit.Setelah pulang,Haz cuba mencari pekerjaan dan alhamdulillah dia dapat kerja.Stelah dua bulan bekerja,dia bertemu dengan sahabatnya itu Pit,Pit yang sedang mencari berhampiran pejabatnya dan kebetulan Pit dapat kerja itu.Suatu hari,dimana Haz dan Pit sedang menikmati hidangan makanan tengah hari,Haz terlihat kelibat seorang gadis,gadis itu seakan-akan Ira dan jelas gadis itu memang Ira apabila Haz cuba menegurnya,Ira agak terkejut kerana dia tidak menyangka bahawa dia akan terjumpa dengan sahabatnya itu kembali,dan Haz menjemputnya makan bersama .Dalam diam dan tanpa pengetahuan Haz,Ira dan Pit telah jatuh cinta tetapi masing-masing menyembunyikan isi hati masing-masing.
* * *
Tanpa diduga,Haz bertemu semula dengan Leha,selepas satu setengah tahun mereka tidak bersua dan pada masa yang sama ,Uzair akan pulang ke tanah air.Leha juga menyatakan bahawa Uzairnya akan kembali dan akan pergi menjemputnya nanti.Leha mempelawa Haz untuk ke rumahnya dan setelah sampai ,Haz duduk di bilik tidur Leha,manakala Leha pergi ke dapur untuk membuat air minuman .Sewaktu duduk dikatilnya,Haz terpandang sebuah diari yang dipercayai milik Leha.Haz sempat membaca luahan hati yang tersirat didalam diarinya.Berderau jantung Haz membaca ayat pertamanya,walaupun Haz merasa bersalah kerana membaca diari Leha tanpa pengetahuannya tetapi perasaannya meronta untuk terus membaca,bagaikan dunia gelap gelita apabila Haz terpandang gambar Uzair ,Uzair itu adalah Uzairnya,kekasihnya itu,Haz terkedu dan terdiam sejenak,dia dan Leha menyintai lelaki yang sama,selama 8 tahun Leha merahsiakan perasaannya terhadap Uzair.
* * *
Setelah lima hari Haz solat istikharah,dia membuat keputusan yang dia sendiri takut untuk melakukannya,ketika Haz berhadapan dengan Uzair,dia terpaksa berbohong,sengaja dia mengatakan yang dia sudah tidak suci lagi,Haz seorang lesbian.Perubahan yang ketara terlihat diwajah Uzair,Uzair menjadi sangat benci kepada Haz dan mengambil keputusan untuk meninggalkannya.Betapa pilu dan bagaikan terhirisnya hati Haz dengan pisau,dia walaubagaimanapun pasrah,dia amat memahami hati dan naluri seorang wanita,biarpun pahit dia terpaksa mengalah dengan sahabatnya itu yang lebih menyayangi Uzair.Haz terpaksa berkorban ,seksa dihatinya hanya tuhan yang tahu.Baginya pertemuan dan perpisahan adalah ketentuan illahi, mungkin ada hikmat yang tersembunyi diatas apa yang sedang berlaku,pertemuan ada tetapi jodoh tiada,Haz hanya mampu mengatakan ‘maaf’.Tidak lama kemudian,Haz menerima kad undangan ke majlis perkahwinan daripada Leha. ‘Ya!Leha berjaya mengahwini Uzair’detik hati Haz.Biarpun pedih dia pasrah dan bersedia untuk ke majlis perkahwinan Leha,tetapi Haz dapat tahu yang Uzair tak mahu Haz ke majilsnya,Uzair mengatakan orang yang tidak suci dan bernajis tidak layak ke majlisnya. Aduh!….pedih rasanya mendengar kata-kata penghinaan itu.Jelaslah Uzair benci akannya.
* * *
Dihari persandingannya,Haz menyamar dengan berpakaian jubah bertudung labuh,tiada sesiapa pun yang mengenalinya.Haz tidak menjamah hidangannya dan hanya melihat persandingan itu dari jauh.Amat meriah sekali pasangan pengantin itu di pelamin memakai baju berwarna biru laut.Dari jauh Haz menangis atas pengorbanannya sendiri dan hanya mampu mengatakan ‘teman maafkanlah diriku jikaku melukaimu’.Haz mengerti segala yang terjadi sudah suratan Illahi,kemudian pulanglah Nine dan mereka bertemu.
* * *
“Sekarang kau dah tahukan Nine,Uzair mungkin dah bahagia dengan Leha”sayu suara Haz.
“Kenapa Haz,sanggup kau……alah,habis sekarang apa rancangan kau”? kata Nine.
“Aku ingat nak buka perniagaan kursus komputer ,disamping itu,aku boleh juga melupakan Uzair”.kata Haz
“Good luck,kau nak buka kat mana”?tanya Nine
“Hmm….mungkin di Johor,jauh sikit dari KL ni.”terang Haz
“Bila ada masa nanti aku datang,tapi bila kau nak buka perniagaan kau tu?tanya Nine
“Alah,dah lama,kau jer yang tak tahu,aku cuma nak memperbaharuinya sahaja,datanglah nanti”.ujar Haz
“Okey,aku datang,insyaallah seminggu sekali,hari Ahad ok!”kata Nine
Haz menunjukkkan wajahnya yang ceria walaupun dihatinya terluka lagi.Selepas itu mereka pergi makan dan Nine menghantar Haz pulang.
* * *
Zulkarnaian datang setiap hari Ahad,dia bahagia bersama Haz,walaupun dia tahu hati Haz masih pada Uzair.Pernah terlintas difikiran Nine untuk memberitahu hal yang sebenarnya tetapi risikonya tinggi.Dia melupakan hasratnya itu.Mereka banyak menghabiskan masa bersama,sehinggalah pada suatu hari,Nine tak muncul seperti yang dijanjikan.Biasanya dia akan telefon kalau tak datang atau lambat.Ahad minggu lepas,Nine kelihatan lain,dia mengatakan supaya Haz menjaga diri baik-baik kerana dia akan pergi jauh.Haz tidak mengendahkannya sehinggalah dia menerima panggilan yang mengatakan Nine kemalangan dan berada pada tahap kritikal,Haz merasakan sebahagian dirinya telah hilang,dia segera ke hospital yang dikatakan itu,Nine masih dalam keadaan kritikal dan berada dalam wad kecemasan,Haz diberitahu bahawa Nine koma.Haz rasa pitam.Nyawa Nine tak menentu,keadaannya sangat kritikal.Haz setia menunggu disisi Nine,sehinggalah Nine sedar dari koma.Haz bersyukur kerana nyawa rakannya itu melepasi tahap kritikal.Selama 5 bulan Nine berada didalam hospital.Tetapi umur Nine tidak panjang,dia diserang semula dan kali ini komanya membawa kepada kematian,Nine pulang ke rahmatullah,dia meninggalkan Haz untuk selama-lamanya,sebelum dia pergi,dia kelihatan amat ceria dan sihat.Ketika Haz meratapi kematiannya itu,dia menerima sepucuk surat daripada seorang nurse,nurse itu mengatakan supaya surat itu diserahkan kepadanya setelah Nine meninggal dunia.Didalam surat itu tertulis…

Aku membiarkan pena menulis,meluahkan hasrat dihati,moga terubat segala keresahan dijiwa yang tak pernah ku ingini.Mungkin aku sudah tiada lagi ketika kau membaca watikah terakhir dariku ini.Maafkanlah aku Haz kerana tak dapat bersamamu mengharungi hidup ini,yang mampu aku lakukan hanya bersamamu hingga ke akhir hayatku ini.Aku harap kau tabah mengharungi liku-liku hidup ini tanpa aku disisimu,aku tetep menyintai kau walaupun hatimu masih ada pada Uzair.Aku kesal kerana tidak dapat meluahkan isihatiku padamu,aku takut kerana jikalau aku meluahkannya aku akan kehilanganmu sebagai teman dan juga rakan.Temanku,maafkanlah diriku jika ku melukaimu.Aku doakan kau selamat mengharungi suka duka hidup ini.Assalamualaikum,terima kasih diatas segala-galanya,kasihku,Haz.
Yang tetap berada disisimu,
Zulkarnain
Berderai airmata Haz membaca warkah yang ditulis Nine itu,Haz meratap mayat Nine yang terbujur kaku itu.Dia kesal kerana tidak pernah perasaan dan mengetahui yang rakannya itu amat menyintainya .Dia hanya nampak Uzair,Uzair,Uzair.Nine berada disisinya begitu lama,tetapi dia tak pernah terlintas langsung yang Nine menyintainya.Ketika Haz meratapi kematian ,tiba-tiba Uzair dan Ira pun datang.Haz terkedu melihat Uzair,dia bangun dan cuba melarikan diri tetapi tangannya dicapai Uzair dan langkah Haz kemudiannya terhenti secara automatik.

* * *

Majlis kenduri arwah baru sahaja selesai,Haz duduk termenung mengenangkan Nine,dia mengimbas kembali kenangan dia bersama Nine ketika suka dan duka,lamunanya terhenti apabila disapa Pit,
“Sabarlah Haz,tuhan lebih menyayanginya.”pujuk Pit.
Haz hanya mendiamkan diri.Uzair hanya memerhatikan Haz dari jauh,kini segala persoalannya terjawab,rupa-rupanya Haz hanya berpura-pura menjadi lesbian supaya dirinya dibenci,Uzair betul-betul kesal akan perbuatannya itu.Dia tidak akan tahu hal yang sebenar jika Nine tidak menceritakan hal yang sebenar sewaktu dia melawat Nine tempoh hari,tetapi semua itu sudah terlambat.Setelah beberapa bulan kematian Nine,Haz kembali menguruskan syarikatnya itu.Haz dibantu oleh Pit dan Ira.Mereka kerap melakukan kerja bersama.Sesekali Uzair ada datang menjenguk-jenguk ke syarikat Haz tetapi Haz tidak pernah berbual panjang dengannya.Pit juga banyak membantu Haz dalam banyak hal selain daripada hal perniagaan,Pit amat mengambil berat tentang diri Haz,Haz yang kesunyian mulai jatuh cinta dengan Pit tanpa mengetahui yang Pit sedang bercinta dengan Ira.Hari semakin hari,cintanya terhadap Pit makin mendalam dan dia merasakan dirinya tidak bertepuk sebelah tangan dan sehinggalah pada suatu hari dimana Pit mengajak Haz keluar makan di sebuah restoran mewah.Hati Haz melonjak keriangan,dia kemudiannya pergi membuat rawatan muka dan rambut supaya kelihatan lebih cantik dari biasa,dia juga turut memakai pakaian yang sangat cantik pada malam itu.Tepat pukul 8.00 malam,Pit pergi menjemput Haz,dia gembira melihat Haz dan mereka pergi ke restoran tersebut.Setibanya disana,Haz terkejut melihat orang yang sangat ramai,Haz dilayan bak puteri.Tetapi itu hanyalah mimpi semata-mata apabila Ira tiba dengan cantik sekali .Rupa-rupanya Pit ingin Haz menyaksikan dia melamar Ira,Ira dan Pit ingin membuat kejutan untuk Haz,remuk redam hati Haz melihat Pit melamar Ira dan lamarannya itu diterima Ira.Beberapa bulan kemudian,Haz menerima kad undangan ke majlis perkahwinan antara Pit dan Ira,Haz terima dugaan Illahi dengan tabah,dua lelaki yang dicintainya dan seorang lelaki yang menyintainya telah pergi meninggalkannya untuk selama-lamanya,dia bingung.Dihari persandingan Pit dan Ira,Haz datang dengan wajah yang ceria dan gembira walaupun dihati bagaikan dihiris dengan sembilu.Haz memberikan tiket penerbangan ke Paris sebagai hadiah perkahwinan untuk dua sahabatnya itu.Selepas majlis akad nikah dan bersanding selesai ,Haz meminta diri untuk pulang.Ketika berjalan keluar tiba-tiba dia tergelincir dan hampir jatuh tetapi disambut oleh seorang lelaki tampan bernama Wan Shah,Haz terkedu dipangkuan Wan Shah hampir beberapa minit,dan kemudian dia tersedar dan terbangun,dia meminta maaf kerana tak bangun-bangun dari pangkuan Wan Shah,Wan Shah hanya tersenyum.Kemudian mereka berkenalan dan Haz meminta diri untuk pulang,ketika pulang,Haz teringat akan incident tadi,muka Wan Shah seakan-akan Uzair,mungkinkah mereka kembar?tetapi diantara mereka ada beberapa perbezaan,Wan Shah lebih tinggi daripada Uzair,memakai cermin mata tidak berbingkai dan warna kulitnya agak cerah.(TIN…..TIN…..)Lamunannya terhenti apabila dihon kereta belakang.
* * *
Seperti biasa,Haz pergi kerja pada pukul 8.00 pagi ,ketika perjalanannya ke kerja,kereta Haz rosak,puas dia menghubungi mekanik tetapi tiada jawapan.Tiba-tiba sebuah kereta proton waja berhenti di hadapan keretanya itu,Haz terpinga-pinga melihat siapakah yang berhenti di hadapannya itu.Rupa-rupanya Wan Shah,Wan Shah keluar dan cuba membaiki keretanya itu tetapi ternyata gagal,Wan Shah meminta maaf kerana tidak berjaya membaikinya lalu dia pun menelefon mekaniknya untuk mengambil kereta Haz.Wan Shah mempelawa Haz menaiki keretanya.Di dalam perjalanan ke tempat kerja,Haz tak banyak bercakap kerana dia masih bengang dengan incident hari itu,Wan Shah pun begitu.Setelah sampai ke tempat yang dituju,Haz pun turun dan mengucapkan terima kasih,Wan Shah berjanji untuk mengambil Haz selepas waktu kerja iaitu pada pukul 4.30 petang,Haz hanya mengangguk dan tersenyum.Seperti yang dijanjikan,Wan Shah datang pada pukul 4.30 petang,Haz hanya tersenyum dan kemudiannya masuk ke dalam kereta.Wan Shah mengatakan bahawa yang kereta Haz ada masalah,seminggu baru siap,
“Seminggu?!,lamanya,apa yang rosak?”,tanya Haz
“Ntahlah, dia tak cakap pulak,awak nak pergi kerja naik apa,nak saya ambil,tak?”ujar Wan Shah
“Ah…tak apalah,menyusahkan awak saja,nanti saya pergi sendiri kot!”kata Haz
“Eh..tak ada lah,nanti saya ambil awak yer?”terang Wan Shah
Haz hanya diam sahaja,Wan Shah mengambil dan membawa Haz pulang dalam seminggu tu,walaupun ada sedikit penat,tetapi hatinya gembira.Dan hari itu pun berakhir,Haz pergi mengambil keretanya itu kembali ,sewaktu dia hendak membayar,dia agak terkejut kerana mekanik itu kata tak perlu bayar kerana ada seorang lelaki sudah membayar bagi pihaknya,dia kira 50% sahaja kerana lelaki tersebut merupakan rakan baiknya dan lelaki itu juga telah menolongnya membangunkan perniagaan workshopnya itu.Haz bertanyakan siapakah lelaki itu tetapi mekanik itu hanya mendiamkan dirinya sahaja kerana rakannya itu tidak mahu beritahu siapakah dirinya yang sebenar.Selepas hari itu,Haz tak berjumpa dengannya lagi .
* * *
Sebulan kemudian,sewaktu Haz sedang makan tengah hari seorang diri,dia di sapa oleh seorang lelaki,apabila Haz memandang lelaki itu dan rupa-rupanya lelaki itu adalah Wan Shah,mereka hanya saling tersenyum.Haz mempelawa dan membelanjanya makan bersama sebagai tanda terima kasih.Ketika makan tengah hari mereka berbual agak panjang dan mereka saling bertukar kad nama dan nombor telefon,Haz tak menyangka yang Wan Shah akan menelefonnya,Haz hampir terjatuh apabila mendengar suara Wan Shah,mereka berborak agak lama iaitu lebih kurang tiga jam lebih.Minggu demi minggu Wan Shah makin rapat dengan Haz.Haz pernah terfikir adakah Wan Shah itu menyukainya tetapi dia tidak mahu lagi bertepuk sebelah tangan,dia tak berani nak bertanya Wan Shah tentang perkara itu,nanti apa pula fikirnya.Suatu hari Wan Shah mengajak Haz keluar jalan-jalan,dia bertanyakan sesuatu yang tidak diduga Haz,Wan Shah bertanyakan tentang lelaki yang hadir di dalam hidup Haz sebelum kedatangannya di dalam hidup Haz.,Haz tidak dapat menjawab soalan itu kerana ianya masih terlalu awal bagi perhubungan mereka .Wan Shah yang kemudiannya menundukkan muka.Bagi Wan Shah,Haz merupakan gadis yang pertama berjaya membuka pintu hati setelah dia putus tunang dengan seorang gadis yang bernama Atie 2 tahun lepas,Wan Shah bercinta dengan Atie di tingkatan 5,percintaan mereka terbawa hingga ke tingkata 6,kolej dan hingga ke Universiti,bagi pasangan kekasih,di alam percintaan ini segalanya indah,pahit di katakan manis,buruk di katakan cantik dan apa sahajalah.Ketika di universiti,Wan Shah dan Atie mengikat tali pertunangan,setelah bertunang,perlakuan Atie kian berubah,apabila di ajak keluar di katakan sibuk,ada kuliahlah dan bermacam-macam lagi.Ada juga orang yang memberitahu bahawa Atie berlaku curang di belakang Wan Shah,tetapi kerana sayang Wan Shah terhadap Atie sangat tebal,dia hanya memekakkan telinganya sahaja,dia tidak percaya yang tunangnya sanggup melakukan perbuatan sedemikian,sehinggalah pada hari konvensyen bagi siswa Universiti,Atie meminta Wan Shah memutuskan tali pertunangan mereka itu,dengan alasan mereka sudah tidak serasi lagi.Atie meminta memutuskan ikatan itu melalui SMS.Pedih dan bagaikan ditikam dengan pisau hatinya itu, “apakah salahku,sehingga kau perlakukan aku sebegitu”soalan itu bermain-main dikotak fikiran Wan Shah,dia membalas SMS itu yang berbunyi ‘susu yang ku beri,racun yang kau balas’,Wan Shah bagai nak gila kerana peristiwa itu,dan sejak hari itu hatinya tak pernah terbuka untuk bercinta lagi,sehingglah dia terjumpa Haz di restoran dimana Pit melamar Ira,Wan Shah terpaut hati kepada kesederhaan Haz,dan kebetulan Wan Shah merupakan saudara rapat kepada Uzair.Pintu hatinya terbuka luas untuk memberi dan menerima cinta yang tulus ikhlas dari Haz.Wan Shah bertekad untuk memenangi hati Haz dan menjadikannya sebagi permaisuri hidupnya,dan nasib menyebelahinya apabila dia terserempak dengan Haz di rumah Ira iaitu ketika malam persandingan Ira dan Pit,dan sewaktu kereta Haz rosak .Setelah itu dia cuba merapatkan dirinya dengan Haz,dan cuba memikat hatinya.Halangan dan lumrah tapi demi cinta sucinya terhadap Haz,dia redha.Baginya Haz bagaikan “jinak-jinak merpati”,berkawan dengannya memang senang,tetapi untuk memenangi hatinya memang susah,tapi dia tetap berusaha.Kini sudah lebih kurang 1 tahun setengah mereka berkawan,tetapi cinta diantara mereka belum lagi tersemai.Wan Shah pernah bertanya kepada Haz mengapakah susah untuk dia terima Wan Shah sebagi kekasih hatinya.
* * *
“Aku tak mahu kita berdua menyesal di kemudian hari nanti,dan alasan kedua aku kenapa tidak dapat menerima kau kerana aku takut aku akan tercari-cari Uzair dan Nine di dalam diri kau”.jelas Haz
“Uzair,Nine,siapakah mereka?”tanya Wan Shah
“Huhhh…(mengeluh)beginilah biar aku jelaskan keadaan yang sebenar yang menyebabkan aku tidak boleh menerima kau,Wan Shah.Uzair merupakan teman istimewaku sejak dari sekolah menengah,cara pemakain dan gaya kau saling tak tumpah sepertinya.Manakala Nine adalah teman sejatiku yang mengharungi suka dan duka bersamaku,tetapi sayangnya dia telah meninggal dunia ketika di dalam perjalanan menemui aku,sikap kau yang suka mengambil berat,penyayang juga saling tak tumpah seperti Nine,aku terkilan dan bagaikan nak menangis apabila memandang wajah kau,Wan Shah,aku juga takut untuk menerima kau kerana aku bimbang aku akan tercari-cari dan menyintai mereka dan bukannya kau yang aku akan cintai.”terang Haz dengan panjang lebar.
“Dimana Uzair?”tanya Wan Shah dengan ringkasnya.
“Dia sekarang mungkin dah bahagia dengan keluarganya itu.”ujar Haz
“Wan Shah,bolehkah kau berikan aku masa untuk memikirkan tentang hal ini?Haz bertanya.
“Jika begitu jawapan kau,baiklah aku tak mahu mendesak kau,tapi apabila sampai masanya nanti,aku harap kau akan memberikan jawapan yang bakal membahagiakan kau dan juga aku,mungkin dalam sebulan dua ini tak payahlah kita berjumpa,aku tak mahu berikan kau tekanan dan aku mahu kau tahu yang aku tetap sayangkan kau walauapapun jua jawapan kau nanti.”jawab Wan Shah dengan hampanya sambil pergi meniggalkan Haz.
“Wan Shah….”sayu suara Haz.

* * *
Seperti yang dikatakan Wan Shah,mereka tidak berjumpa kira-kira sebulan lebih,semasa mereka tak bersua,Haz merasakan seperti ada sesuatu yang tak lengkap di dalam hidupnya,hatinya resah gelisah,dia cuba menenangkan hatinya dengan berdoa kepada Allah S.W.T,dia memohon supaya diberikan petunjuk,dia juga cuba menyibukkan dirinya dengan kerja pejabat,tetapi hatinya masih resah gelisah.Tiba-tiba hati dan tangannya tergerak untuk menelefon Wan Shah tetapi meletakkanya semula apabila ada orang yang mengangkatnya.Dia tidak mengerti mengapa dia melakukan perbuatan sedemikian, ‘adakah aku menyintainya atau aku hanya rasa sunyi’detik hati yang meronta-ronta untuk memastikannya.Haz cuba menelefon sekali lagi dan kali ini panggilannya itu diangkat oleh Wan Shah.
“Hello,Wan Shah bercakap,hello..hello”kata Wan Shah
Lidah Haz kelu tidak boleh bercakap,hatinya berdebar-debar.
“Hel...lo”terbantut tindakan tindakan Haz kerana pintu pejabatnya diketuk dan Haz cepat-cepat meletakkan ganggang telefon itu.
“Hello….Haz,hello Haz ke tu,hello Haz,hello”jerit Wan Shah memanggil nama Haz apabila talian telefon itu terputus.
Uzair masuk ke pejabat Haz dengan muka yang muram.
“Kau,Uzair,kenapa kau datang sini?eh duduklah”,kata Haz
“Haz,leha dah tak ada…dia dah pergi,Haz”sayu suara Uzair
“Kau biar betul,apa maksud kau ni,kenapa dengan Leha?”Haz bertanya
“Leha dah pergi meninggalkan aku,dia pergi kerana menghidapi sejenis penyakit yang misteri”kata Uzair
“Hah!bila?kenapa tak bagitahu aku?,kata Haz
“3 hari lepas,dia dibawa ke kampung halamannya sebab tu aku tak dapat bagitahu kau,Haz.”kata Uzair pula
“3hari?!,sabarlah Uzair,ini dugaan-Nya,redhalah akan ketentuanNya”,
“Apa rancangan kau sekarang?”tanya Haz
“Aku minta maaf ,ntahlah Haz,mungkin aku kerja macam biasa,aku datang pun sebab nak bagitahu tentang perkara ini,aku pergi dulu…”sayu suara Uzair sambil pergi meninggalkan Haz.
Selepas Uzair pergi meninggalkan Haz,Haz terus menelefon Wan Shah,dia terlupa tentang perkara tadi.
“Hello,boleh Haz berjumpa tak dengan Wan Shah?”kata Haz
“Ye,boleh dimana itu?kata Wan Shah
* * *
“Kenapa,kau tak apa-apa?tanya Wan Shah
“Ah,tak de apa-apa,cuma aku nak bagitahu yang Leha dah meninggal,tadi Uzair baru sahaja bagitahu”.kata Haz.
“Ya Allah,ye ker,inalillahiwainawailaihirojiun,habis kenapa kau panggil aku ni?tanya Wan Shah.
“Maafkanlah aku Wan Shah sekiranya kata-kataku ini akan melukai hatimu,aku harap baiklah hubungan kita setakat ini dahulu,Uzair memerlukan aku,aku tak mahu melukai hati kau nanti”,kata Haz
“Memang kau melukai hati aku,kenapa Haz kau sanggup memperlakukan aku sebegitu,mungkinkah kau cuba mengelakkan diri kau daripada aku,adakah itu alasan kau?”kata Wan Shah yang hampir putus asa.
“Tidak!tidak sama sekali,aku tidak pernah lintas langsung untuk berbuat demikian,Uzair memerlukan aku dan untuk sementara ini janganlah kita berjumpa,berilah aku sedikit masa lagi,jika diantara kita ada jodoh,kita akan berjumpa lagi”.terang Haz
“Mungkin hatimu masih lagi tidak dapat menerima aku lagi,pulanglah kepadaku apabila kau sedia menerima aku,aku sentiasa ada untuk kau,aku ikut kata kau,kita jangan berjumpa,selamat tinggal Haz”,kata Wan Shah sambil pergi meninggalkan Haz
“Wan Shah,maafkanlah daku,sayang.”terkejut Haz apabila benak hatinya berkata begitu,lalu dia pergi mencari Uzair
* * *
“Oh,Haz apa kau buat kat sini?”tanya Uzair
“Sajer,mungkin kau kawan meluahkan perasaan,mungkin aku boleh membantu kau”jawab Haz
“Tak menyusahkan kau ker?”tanya Uzair.
“Taklah,untuk kawan kan?”jawab Haz seringkasnya.
“Haz,aku nak minta maaf kat kau kerana meninggalkan kau dan mengahwini perempuan lain,pengorbanan kau amat aku hargai,terima kasih Haz”kata Uzair
“Tak apalah,mungkin kau dan aku tak ada jodoh,mungkin jodoh aku dengan orang lain kot atau pun tak kahwin-kahwin”.ujar Haz yang sedikit melawak untuk memecahkan kesunyian
“ Em…kau tak der yang special?”tanya Uzair
“Ahh!special?ntahlah tak der kot”jawab Haz yang hampir memecahkan kotak rahsianya itu.
“Haz,adakah kau cintakan aku lagi?”soalan cepu emas ditujukan kepada Haz
“Apa?!oh…kau masih lagi aku sayang dan masih aku cinta….tapi hanya sekadar kawan baik dan tak lebih daripada itu,kenapa kau tanya?”kata Haz
“Tak der apa,habis tu siapa lelaki yang ada tersimpan di hati kau itu?”tup…satu lagi soalan cepu emas dilemparkan kepada Haz
“Wah…bukan main lagi kau ni eh,ntahlah,Uz (panggilan manja) tapikan aku ada seorang kawan lelaki yamg amat sayangkan aku,tapi aku tak tahu apa perasaan aku kat dia,masa dia tak ada kan,aku resah,kau nak tau tak,ada ke aku pergi call dia hari tu,pertama kali dalam sejarah aku, aku buat macam tu,gila kan?masa couple ngan kau pun aku tak buat macam tu”,kata Haz
“Eleh,kau tak buat macam tu sebab bil telefon rumah kau kena potong,kitakan dating kat luar,tak main calling-calling ni,oh sekarang ni kau dah pandai yer buat perkara macam ni,tapikan bila dia tak der kau rasa gelisah yer,ada tak kau rasa macam ni,makan tak kenyang,tidur tak lena,mandi tak basah?” kata Uzair dengan panjang lebar
“Eh,kau ni banyaknya tanya,adalah jadi macam tu,sikit-sikit jerlah..”kata Haz
“Padanlah daripada tadi aku bau semacam jer,kau tak mandi rupanya?kata Uzair
“Ewah..ewah,eii Uz,aku mandi yer…aku tak ada teruk macam tu,asyik ingat dia jer 24 jam!”kata Haz
“Oh,macam tu,aku ingatkan kau tak mandi tadi,hi..hi…hi”kata Uzair yang sedikit tergelak
“Kenapa kau tanya?”tanya Haz
“Kau nak tahu tak apa maknanya semua tu…?”kata Uzair
“Yer,saya nak tahu maknanya semua itu,Yang Arif”kata Haz
“Maknanyer kau tu sebenarnya dah jatuh cinta,macam orang putih kat ‘fallen in love’,eh siaper lelaki yang bertuah tu,Haz”,kata Uzair
“Kau ni buat aku malulah,adalah,aku tak mau bagitahu kau”jawab Haz
“Baik kau cakap sebelum aku belasah kau!”gurau Uzair
“Apa Uz,kau nak belasah aku,kau ingat kau dah macholah nak belasah aku,aku yang belasah kau nanti adalah”, balas gurauan Haz dan kemudiannya mereka terdiam sebentar
“Uz,kau nak tahu tak,masa Wan Shah tak ada aku sangat rindukan dia,aku rindukan wajahnya,suaranya dan segalanya tentang dirinya”kata Haz yang mengakui sayangkan Wan Shah
“Hah,mengku jua akhirnya,habis mana dia sekarang,kenapa kau tak berterus terang dengan dia?”tanya Uzair
“Aku malulah,sekarang aku dengan dia berpisah buat sementara,kononnya nakkan lebih masa untuk berfikir”balas Haz
“Semua yang berlaku kerana aku kan,kau jangan nak tipu aku sebab aku masak sangant peranagi kau,aku tau kau tak pernah berubah,aku tahu kau masih Haz yang aku kenal dulu,kau pergilah kepadanya aku tahu nak bawa diri aku ni”kata Uzair.
“Ntahlah,Uz aku tak mahu mementingkan diri aku sendiri,antara kawan dan kekasih,siapa yang harus aku utamakan?”kata Haz
“Haz,kau pergilah kepadanya,biarkan aku ikut haluan aku sendiri,dia lebih memerlukan kau,aku juga tahu kau pun begitukan?kau kata kau tak mahu pentingkan diri,habis kau tinggalkan dia sendirian tu,apa kejadahnya pulak?tanya Uzair
“Dahlah aku malas nak bincangkan lagi hal ni,eh jom pergi makan aku laparlah”,kata Haz cuba mengelakkan diri
* * *
“So,macam mana dengan rancangan kita?”tanya seorang gadis kepada Uzair
“Hmm…dia dah mengaku yang dia cintakannya,sedara saya tu buat apa sekarang?”tanya Uzair
“Oh…saya terdengar dia berbual tadi,di dalam perbualan itu,dia kata dia akan ke luar negara melanjutkan pelajaran dan di samping itu dia mahu melupaknnya,khabarnya dia takkan kembali lagi setelah pergi ke luar negara”jelas gadis itu
“Ah..ye ker,bila dia nak pergi?”tanya Uzair
“Mungkin dalam seminggu lagi,macam ni lah biar saya confirmkan dulu,bila dah betul semuanya, saya inform kat awak”kata gadis itu
“Baiklah ,nanti awak bagitahu saya,nanti kita bawa mereka supaya berjumpa,
ok!”kata Uzair
Seminggu kemudian,seperti yang dirancangkan,Uzair membawanya ketempat yang di janjikan
“Hey,mana kau nak bawak aku ni?kata nak bawa pergi makan tapi macam nak pergi airport jer ni,hey cakaplah Uz”katanya kepada Uzair
“Ala,diamlah kau,ada sorang kawan aku ni nak ke luar negara ,tapi hari baru cakap,jadi aku nak pergilah kejap”jelas Uzair
Setelah sampai,Uzair cuba menelefon gadis itu,
“Hello.macam man kat sana ok,tak?”tanya Uzair
“Ok,dia ada kat sini,muka bertangkup,muram jer macam ayam berak kapur,awak macam mana?”,kata gadis itu
“Ah..okey,dia ada dalam kerata ,saya masuk ok?kata Uzair
Dan gadis itu katakan okey
“Eii,bila kau nak masuk,aku dah lapar ni!”rengek Haz
“Nak masuklah ni,jom teman aku jap”kata Uzair
“Alah,nak buat apa,bukannya aku nak jumpa pakwe aku,kau yang nak jumpa,pergi jelah”kata Haz
“Lah,please nanti aku belanja kau makan”ujar Uzair
“Okeylah,kejap jer tau,kau memang pandai bab pujuk-memujuk ni ek!”kata Haz yang cuba menyindir Uzair.
“Pukul berapa kau nak bertolak ni?”tanya gadis itu
“Aaa..hrm…kejap lagi kot..,kenapa dengan kau ni?”kata lelaki itu
“Betul ker kau tak nak kembali lagi,pikirlah betul-betul,jangan menyesal di kemudian hari”ujar gadis itu
“Aku dah tak tahan lagi..aku tak sanggup,aku harap dengan pemergian aku di sana,bolehlah aku lupakannya..”ujar lelaki itu pula
“Eh…sebelum kau pergi,aku ada satu kejutan untuk kau!”kata gadis itu cuba melengahkan masa
“Tak pelah,tak ada apa lagi kejutan dalam hidup aku ni,semua tu dah tak ada makna..”sayu suaranya
Dan tiba-tiba telefon gadis itu berbunyi..kring…kring….
“Hello..”kata gadis itu
“Awak..saya dah sampai ni,awak kat mana,tak nampak pun saya!”ujar Uzair
“Saya ada dekat depan awak,takkanlah tak nampak kot!”kata gadis tu
“Oh yer,nyoroklah nanti Haz nampak!”kata Uzair
“Hye..aku dah nak pergi ni,mana Uzair,Pit,Ira,dia orang semua pergi mana?”tanya lelaki itu
“Hai,Wan Shah!”kata Uzair.Terkejut Haz melihat Wan Shah yang berada di hadapannya itu lantas mencubit Uzair,Uzair menjerit kesakitan kerana terkena cubitan Haz yang bagaikan di sepit kala jengking,lalu pandangan Haz beralih kepada gadis itu
“Leha…kau ke tu Leha..tapi kau kan dah..Uzair yang kata kau dah..”kata Haz yang kehairanan melihat sahabatnya itu masih hidup.Dan Wan Shah masih terpinga-pinga dan terkaku melihat Haz berada di situ..dia pelik,macam mana Haz kenal dengan Uzair
“Beginilah,Haz dan kau Wan Shah,kami buat semua ni sebab nak satukan kamu berdua,aku dan mereka semua yang mengaturkan semua ini,tapi setelah kau berkenalan dengan Wan Shah,kami tak aturkan pertemuan kamu berdua,itu secara kebetulan”kata Uzair
“Betul tu,kami tak mahu kau kecewa untuk kali ini,kamu sayang antara satu sama lain,tapi menyembunyikannya sahaja,lepas kena tinggal melalak pulak”sampuk Pit dan Ira yang baru saja sampai
“Oooo…jadi ini rancangan korang selama ni yer..”kata Haz sambil mencubit Uzair tetapi dapat di elak
Wan Shah hanya mendiamkan diri,Leha menyenggol tangan Wan Shah,tiba-tiba Wan Shah melutut di hadapan Haz, terkejut dan terdiam suasana yang agak riuh kerana gelak tawa mereka tadi.
“Eh..apa ni Wan Shah,eii..orang tengok malulah,apa ni bangunlah!”ujar Haz
“Aku takkan bangun selagi kau tak mahu terima cinta aku,aku takkan bangun selagi tak memiliki cinta dan hati kau,aku tahu kau sayangkan aku,tapi kau tak nak cakap,cakaplah kalau kau cakap baru aku bangun”rayu Wan Shah
“Wan Shah,kau dah lama tersemat di dalam hati aku,cuma..cuma aku malu nak menyatakannya”.kata Haz
“Haz,sudikah kau menjadi permaisuri hidupku untuk selama-lamanya”,lamar Wan Shah sambil mengeluarkan cincin yang dibelinya untuk Haz.
“Aaaa..untuk kau aku sanggup setuju dan lakukan apa saja”kata Haz sambil tersenyum dan menangis kegembiraan disisi Wan Shah.Sejuk hati Pit,Ira,Leha dan Uzair melihat sahabat mereka itu bersatu semula,dengan itu terlaksanalah mission mereka.Lebih kurang tiga bulan kemudian,Wan Shah dan Haz telah selamat dinikahkan dan melangsungkan perkahwinan mereka dan disaksikan oleh Pit,Ira,Uzair dan juga Leha dan mereka berenam hidup bahagia bersama-sama keluarga mereka sendiri.




TAMAT

0 comments: