Mayat membaca Yassin

0
MAYAT MEMBACA YASIN...

"Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar
Malaysia di Arab Saudi..Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar
oleh Ustaz Halim Naser....penceramah bebas yang amat terkemuka di
Malaysia....
Ceritanya
begini....


Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysiayang
sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan
mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut
terletak di Ma'la....tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal
dunia
di Mekah....


Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan
mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan
bulan. selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk
mengebumikan mayat yang
baru.


Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan
mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak
mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia
ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat
dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang
bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut
memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. ayat Quran yang terbuka
ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan
kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang
diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain
ehram).

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang
negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air
zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah
jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di
satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihanya bagi
orang yang berbakti ke jalan Allah... Inilah yang membuatkan aku
semakin berkobar-kobar untuk mengunj ungi
Baitullah....

Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan
agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ....."

0 comments: