Tangisan Rasulullah menggoncangkan arasy

4
Tangisan Rasulullah menggoncangkan arasy
Message: Jika harta yang hilang dari diri
seseorang, maka tiada apa pun yang
hilang, Jika kesihatan yang hilang dari
diri seseorang, maka ada sesuatu yang
hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang
dari diri seseorang, maka segala-galanya
telah hilang dari diri seseorang.

"Dikisahkan, bahawasanya di waktu
Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf
di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di
hadapannya bertawaf, sambil berzikir:
"Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w.
menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!"
Orang itu lalu berhenti di salah satu
sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya
Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang
berada di belakangnya mengikut zikirnya
"Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti
diolok-olokkan, orang itu menoleh ke
belakang dan terlihat olehnya seorang
laki-laki yang gagah, lagi tampan yang
belum pernah dikenalinya.

Orang itu lalu berkata: "Wahai orang
tampan! Apakah engkau memang sengaja
memperolok-olokkanku, kerana aku ini
adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan
kerana ketampananmu dan kegagahanmu,
pasti engkau akan aku laporkan kepada
kekasihku, Muhammad Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang badwi itu,
Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu
bertanya: "Tidakkah engkau mengenali
Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum,"
jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau
beriman kepadanya?" "Saya percaya dengan
mantap atas kenabiannya, sekalipun saya
belum pernah melihatnya, dan membenarkan
perutusannya, sekalipun saya belum
pernah bertemu dengannya," kata orang
Arab badwi itu pula.

Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya:
"Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah
Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di
akhirat!" Melihat Nabi di hadapannya,
dia tercengang, seperti tidak percaya
kepada dirinya."Tuan ini Nabi
Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia
segera tunduk untuk mencium kedua kaki
Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu,
Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang
Arab itu, seraya berkata kepadanya:
"Wahal orang Arab! janganlah berbuat
serupa itu. Perbuatan serupa itu
biasanya dilakukan oleh hamba sahaya
kepada tuannya, Ketahuilah, Allah
mengutusku bukan untuk menjadi seorang
yang takabbur yang meminta dihormati,
atau diagungkan, tetapi demi membawa
berita gembira bagi orang yang beriman,
dan membawa berita menakutkan bagi yang
mengingkarinya."

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s.
turun membawa berita dari langit dia
berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam
mengucapkan salam kepadamu dan bersabda:
"Katakanlah kepada orang Arab itu, agar
dia tidak terpesona dengan belas kasih
Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan
menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan
menimbang semua amalannya, baik yang
kecil mahupun yang besar!" Setelah
menyampaikan berita itu, Jibril kemudian
pergi.

Maka orang Arab itu pula berkata: "Demi
keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika
Tuhan akan membuat perhitungan atas
amalan hamba, maka hamba pun akan
membuat perhitungan dengannya!" kata
orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan
engkau perhitungkan dengan
Tuhan?"Rasulullah bertanya kepadanya.
'Jika Tuhan akan memperhitungkan
dosa-dosa hamba, maka hamba akan
memperhitungkan betapa kebesaran
maghfirahnya,' jawab orang itu. 'Jika
Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba,
maka hamba akan memperhitungkan betapa
keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia
memperhitungkan kekikiran hamba, maka
hamba akan memperhitungkan pula betapa
kedermawanannya!'

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu,
maka Rasulullah s.a.w. pun menangis
mengingatkan betapa benarnya kata-kata
orang Arab badwi itu, air mata beliau
meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran
itu Malaikat Jibril turun lagi seraya
berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam
menyampaikan salam kepadamu, dan
bersabda: Berhentilah engkau dari
menangis! Sesungguhnya kerana tangismu,
penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih
dan tahmidnya, sehingga la bergoncang.
Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah
tidak akan menghisabdirinya, juga tidak
akan memperhitungkan kemaksiatannya.
Allah sudah mengampuni semua
kesalahannya dan la akan menjadi temanmu
di syurga nanti!"

Betapa sukanya orang Arab badwi itu,
apabila mendengar berita tersebut. la
lalu menangis kerana tidak berdaya
menahan keharuan dirinya."

4 comments:

Anonymous said...

link building service seo optimise backlinks website backlinks

Anonymous said...

awsome blog! I am loving it!! Will be back later to read some more. I am taking your feeds also. Payday Loans

Anonymous said...

I'm excited to find this great site. I need to to thank you for ones time just for this wonderful read!! I definitely enjoyed every part of it and I have you saved to fav to see new things on your web site.

[url=http://avmost.com]Free Porn Video[/url]

Anonymous said...

Hey there! I simply wish to offer you a huge thumbs up for your excellent info you have got here on this post. I am coming back to your web site for more soon.

[url=http://xrumergeek.com]xrumer[/url]