Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang
wanita, ia diharuskan untuk menjadi
seorang yang istimewa. Aku membuat
bahunya cukup kuat untuk menopang
dunia; namun, harus cukup lembut untuk
memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam
untuk mampu melahirkan anak dan
menerima penolakan yang seringkali
datang dari anak-anaknya."
"Aku memberinya kekerasan untuk
membuatnya tetap tegar ketika orang-
orang lain menyerah, dan mengasuh
keluarganya dengan penderitaan dan
kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk
mencintai anak-anaknya dalam setiap
keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk
mendukung suaminya dalam kegagalannya
dan melengkapi dengan tulang rusuk
suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk
mengetahui bahawa seorang suami yang
baik takkan pernah menyakiti
isterinya, tetapi kadang menguji
kekuatannya dan ketetapan hatinya
untuk berada disisi suaminya tanpa
ragu-ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata
untuk dititiskan. Ini adalah khusus
miliknya untuk digunakan ketika ia
diperlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah
dari pakaian yang dikenakannya, susuk
yang ia tampilkan, atau bagaimana ia
menyisir rambutnya. Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya, tempat
dimana cinta itu ada."
renungan bersama~
Al-Hasan meriwayatkan, bahawa dahulu ada seorang pelacur yang sangat
cantik jelita. Dia tidak mahu melayani orang yang datang kecuali jika
dibayar sebanyak seratus dinar.
Secara kebetulan pada suatu hari ada seorang ahli ibadah yang melihat
wajah pelacur cantik itu sehingga membuatkan ahli ibadah itu tertarik
dan jatuh cinta kepadanya. Kerana lelaki ahli ibadah itu mengetahui,
bahawa untuk dapat dilayani oleh pelacur cantik itu orang harus
memberinya wang sebanyak seratus dinar, maka lelaki ahli ibadah itu
akhirnya pergi mencari pekerjaan untuk mengumpulkan wang sebanyak itu.
Setelah wang sebanyak seratus dinar itu dapat dikumpulkan, dia pun
pergi menemui pelacur cantik itu serta berkata kepadanya:
"Kecantikanmu telah membuatkan aku benar-benar tergoda, oleh kerana
itu, aku telah berusaha sedaya upayaku untuk mendapatkan wang seratus
dinar sebagaimana yang engkau kehendaki itu."
Wanita pelacur itu berkata: "Silakan masuk ke rumahku."
Dengan tidak berfikir panjang, ahli ibadah itu langsung masuk ke
rumahnya. Di dalam rumah pelacur yang cantik jelita itu ada tersedia
sebuah tempat tidur yang dibuat dari emas. Pelacur itu lalu duduk di
atas tempat tidurnya dan berkata: "Marilah segera mendekatiku. "
Ketika lelaki ahli ibadah itu bermaksud untuk memuaskan nafsunya, pada
waktu itu juga tiba-tiba ia ingat kepada Allah sehingga menggigil
seluruh tubuhnya. Kepada wanita pelacur tersebut lelaki ahli ibadah
itu berkata: "Biarlah aku pergi saja meninggalkan kamu dan wang yang
jumlahnya seratus dinar itu ambillah olehmu!"
Wanita pelacur itu kembali bertanya: "Apakah sebenarnya yang terjadi
atas dirimu, bukankah kamu telah tergila-gila kepadaku sehingga kamu
membanting tulang dan mengeluarkan peluh untuk mendapatkan wang
sebanyak seratus dinar? Pada saat ini kamu telah mendapatkan apa yang
kamu inginkan itu, akan tetapi mengapa kamu akan meninggalkan aku?"
Lelaki ahli ibadah itu berkata: "Sesungguhnya aku takut kepada Allah
SWT dan juga atas kedudukanku selama ini di sisi-Nya. Berkemungkinan
kerana aku akan pergi meninggalkan kamu, kamu merasa benci kepadaku,
ketahuilah olehmu, sesungguhnya aku juga sangat membenci kamu kerana
Allah.
Wanita pelacur itu berkata: "Jika yang kamu katakan itu benar, aku
tidak akan bersuami kepada orang lain melainkan kamu."
Lelaki ahli ibadah itu berkata: "Biarlah aku keluar!"
Wanita pelacur itu menjawab: "Tidak, kecuali bila kamu mahu menjadi
suamiku."
"Tidak, biarlah aku keluar dari rumahmu ini!" kata lelaki itu.
Wanita itu kembali bertanya: "Apakah yang membuatmu merasa keberatan
bila aku memohon kepadamu supaya engkau mahu menikahi aku?"
Lelaki itu menjawab: "Untuk menjadi isteriku boleh saja, akan tetapi
aku harus pergi meninggalkan tempat ini kembali ke tempat biasanya aku
melakukan ibadah."
Selepas berkata demikian, lelaki ahli ibadah itu langsung pergi
meninggalkan rumah pelacur tersebut. Begitu juga dengan wanita pelacur
itu ia ikut serta keluar dari daerahnya untuk bertaubat kepada Allah
dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya. Wanita pelacur
itu terus berjalan, hingga akhirnya ia sampai ke tempat asal lelaki
ahli ibadah tersebut.
Kepada ahli ibadah tersebut seseorang datang menemuinya dan berkata:
"Sesungguhnya permaisurimu telah datang kepadamu."
Ketika ahli ibadah melihat kedatangan wanita itu, ia terkejut dan
langsung terjatuh dalam pelukan wanita pelacur yang cantik jelita itu.
Pada waktu itu juga lelaki ahli ibadah tersebut menghembuskan nafasnya
yang terakhir. Melihat keadaan demikian, kepada orang yang hadir
wanita pelacur yang telah bertaubat itu bertanya? "Apakah lelaki
idamanku yang telah meninggalkanku buat selama-lamanya ini ada
mempunyai saudara?"
Orang yang hadir pada waktu itu menjawab: "Ia ada mempunyai seorang
saudara lelaki, akan tetapi saudara lelakinya itu hidup dalam keadaan
kemiskinan."
"Jika memang demikian, aku akan menikah dengannya sebagai ganti dari
lelaki yang aku cintai ini," kata wanita itu.
Akhirnya wanita tersebut menikah dengan saudara lelaki ahli ibadah itu
dan dari hasil pernikahan tersebut, Allah SWT mengurniakan kepada
mereka sebanyak tujuh orang anak yang kemudian ketujuh orang anak
tersebut menjadi nabi semuanya.

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu
ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi
yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang
hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu
melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang
berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi
menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang
negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan,
ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan,
yang kelima; larilah engkau daripadanya. "
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke
barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar
berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku
diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu
yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan. " Maka Nabi itu terus
berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika
dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga
menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu
disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan
madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah' .
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan
sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya
disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu
ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba
mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula
sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku
telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya
tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula
dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung
helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah
burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar
rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil
burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu,
lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil
berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung
itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari
rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu
tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk
menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk
mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan
kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan
burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu,
Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan
satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari
situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.
Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke
rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata,
"Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang
diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang
pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar
seperti bukit,tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal
serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada
madu. Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka
ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah
seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang
meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya
meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah
(menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang
sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam
diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam
kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan
setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang
itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa
kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab
ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah
akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia
bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini
tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata
tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa
yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan
merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan
mengata hal orang walaupun ia benar.

Salam Maulidurrasul
Ya Rasulullah
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku tatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerana pancaran ketenanganmu
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku kucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu
Ya Rasulullah, Ya Habiballah
Tak pernah ku tatap wajahmu
Ya Rasulullah, Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma solli 'alaa Muhammad
Ya Robbi solli 'alaihi wassalim
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku dakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu
Ku tahu cintamu kepada umat (Umati umati)
Ku tahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu
20 mac ni maulidurrasul , marilah kite berselawat kepada kekasih Allah yang amat mulia, Nabi Muhammad SAW....kami rindukan mu

NAsihat Iman Al Ghazali
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :
Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang 2 '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.
Imam Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'
' Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '
IMAM GHAZALI: ' Apa yang paling berat didunia ? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.
Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
''sampaikanlah walau satu ayat'

Khat Competition n KKB carnival...
Assalamualaikum, lama sgt x tulis kat sni, sibuk?xjuga, apalah sgt nak dibandingkan dengn kesibukkan student dengn yang lain, lbh kpd main2 je, cme leka dengan hal2 kampus, mcm pertandingan khat yang baru2 ni diadakan dimmu, lega sgt ble da selesai smuanya, walaupun ade bykk cacat celanye, tp aku sendiri berpuas hati, participant x ramai, tp lbh drpada separuh, alhamdulillah, segala yang diusahakan dapat hasil pd hari pertandingan, ni smua mengajar diri utk lbh berani dan berfikiran jauh...hak3...erm, segala kepuasan dapat dirasai bler segalanya berjalan sperti yang dikehendaki, start agak lambt, tp abih tepat pd masenye, kol 1230, alhamdulillah, Ya Allah, Kau kabulkan doaku Ya Allah, dan mungkin, semangat arwah redzwan ade bersamaku, die sentiasa diingatan, alhamdulillah, dapat jugak jejakkan kaki ke pusara nya, thanx to syakir, kalu die x tunjukkan, mgkin x dpat kesana, janji telah aku tepati, janji tuk berjumpa dengan nya walaupun hanya di kubur, aku akur dan redha..yang pergi ttp pergi, indahnya kalu aku dapt kongsi smua ni pada arwah, buat tykah, terima kasih yang tak terhingga sbb satu2nya org yang ade ngn aku saat2 aku btul2 perlukan kawan utk berckp, walaupun jauh diterengganu, tak jemu mendengar bebelan aku, habis kdt kiteorg berbual, lps kdt aku abih, die pulak yang tpn, aku lebih knl erti persahabatan slps aku kehilangan arwah, berat tuk aku katakan, tp aku rindukan sahabat ku itu, kata2 semangatnya, usikannya, tp Allah lebih syangkan nya.Mengenai khat competition, terima ksh jg buat semau yang membantu, lbh2 lagi kpd ida, kak sue, hana, hajar, wani, siva, kak erma, kama, oleen n nick, n jai n the geng!huhu, korg byk tolong, tulang belakang khat competition, walaupun asik kene marah, korg ttp jg ade...thank u so much, jgk buat yang lain2 esp abu, kerenah nya mmg menjangkau tahap kesabaran aku yang x berapa penyabar nih, thanx to u sbb membuatkan aku knl n tahu ttg citarasa org lain...smapai cni shj lah....adios, assalamualaikum....
i hear i know,
i konw i remember
i remember n then i put in my heart.....
Subscribe to:
Posts (Atom)