IMAM Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama.
Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: "Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.
"Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah."
"Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh- sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku.
"Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia."
Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya.
Katanya: "Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.
"Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.
"Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.
"Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan.
"Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
"Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.
"Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia."
Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan.
Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata: "Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.
"Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.
"Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai."
Pelajar tahun akhir Fakulti Multimedia Kreatif, Ikhwan Nazri Mohd Asran (gambar) , 21, mengambil masa empat bulan mencipta perisian al-Quran PSP yang dikatakan pertama seumpamanya pernah dihasilkan.
Beliau berkata, idea menghasilkan perisian al-Quran itu bermula Januari lalu selepas melayari internet dan mendapati ada versi kitab Injil digital bagi kegunaan penggemar PSP.
“Terdetik dalam hati jika penganut Kristian boleh membaca Injil dalam permainan konsol mengapa kita tidak boleh berbuat sedemikian untuk kitab suci umat Islam,” katanya.
Sehubungan itu, beliau memulakan ideanya itu dengan mempelajari struktur program PSP serta membuat percubaan pertama dengan memasukkan juzuk ke-30 al-Quran dalam perisiannya.
“Saya mengambil masa empat hari menyiapkan program termasuk menyalin dan memuat turun keseluruhan juzuk itu berserta terjemahannya,” katanya ketika ditemui di universiti itu semalam.
Ikhwan terpaksa meminta bantuan 10 rakannya daripada Institusi Usrah universiti itu untuk menyalin dan memuat turun 29 juzuk lain serta terjemahannya yang diambil daripada laman web www.quran.al-Islam.com.
Beliau yang membeli PSP pada Julai tahun lalu menggunakan wang sendiri turut mendapat galakan pensyarah untuk meneruskan dan menambah nilai ciptaannya itu.
Namun, katanya, pengguna PSP dalam dan luar negara hanya boleh memuat turun perisiannya itu secara percuma selepas 20 Mei ini kerana beliau sedang memperkemas, memperbaiki kelemahan dan memperhalusi program itu.
Ketika ini program al-Quran digital ciptaannya khusus untuk pengguna PSP dan mereka boleh melihatnya dengan melayari laman webnya iaitu www.raise.flavert.com.
“Sekarang saya masih menguji program ini walaupun sudah boleh digunakan. Saya juga mendapatkan bantuan 18 pengguna PSP yang mempunyai pelbagai latar belakang bagi memberi maklum balas,” katanya.
huhuhu...x dapet nak g..informer pong x g...mcm mne aku nak gi...adeyh..mne abg epul?die tak delah, die pong bz....hehe, erm, slamat pengatin bru buat mereka....layari bahtera agar tidak tenggelam dalam perjalan menuju destinasi kehidupan
DIRIWAYATKAN dari Umar Ibnul-Khattab lah.a.: Telah datang Jibril kepada Nabi Muhammad bukan di waktu yang biasanya ia datang, Rasulullah lalu berdiri mendapatkannya dan berkata:
"Hai Jibril, Kenapa saya melihat engkau berubah warnamu?" Menjawablah Jibril: "saya diperintahkan ALLAH datang menerangkan semburan api neraka."
Berkata Rasulullah "Terangkan kepadaku keadaan NERAKA dan hal ihwal JAHANNAM." Berkata Jibril" Sesungguhnya ALLAH memerintahkan agar jahannam dinyalakan apinya seribu tahun lamanya, sehingga kerana semakin panasnya maka berubahlah warna apinya menjadi putih. Lalu diperintahkan menyalakannya seribu tahun lalu, sehingga warna apinya berubah menjadi hitam, hitam yang gelap, sehingga tak bersinar lagi gejolakannya dan tak padam2 bakarannya. Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, kalau dibukakan Jahannam itu sebesar lubang jarum, maka akan TERBAKARLAH BUMI DAN SEGALA ISINYA kerana panasnya. Dan demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, sekiranya salah seorang dari penghuni Neraka itu didatangkan ALLAH ke bumi ini, akan MATILAH SELURUH MANUSIA yang mendiami bumi ini dari KEJELEKAN MUKANYA DAN KEBUSUKAN BAUNYA. Demi Tuhan yang telah mengutusmu dengan kebenaran, sekiranya satu lingkaran (ring) dari rantai Neraka diletakkan di atas sebuah gunung di dunia ini, akan TEMBUSLAH GUNUNG itu sampai ke dasar bumi yang paling bawah."
Maka berkata Rasulullah SAW "Untunglah ya Jibril, jantungku tidak sampai pecah sehingga saya mati mendengarkan keteranganmu ini."
Rasulullah melihat JIBRIL MENANGIS, RASULULLAH TURUT MENANGIS dan berkata "Kenapa engkau sampai menangis pula ya Jibril sedang kedudukanmu begitu rupa di sisi ALLAH?" Berkata Jibril "Kenapa saya tidak menangis, kerana siapa tahu keadaanku dalam ilmu ALLAH tidak seperti yang saya ketahuii, dan saya tidak tahu apakah saya tidak akan mengalami cubaan sebagai yang telah dialami oleh IBLIS, sedang iblis itu termasuk golongan Malaikat (tetapi menyeleweng), dan saya tidak tahu apakah saya akan mengalami akan apa yang dialami oleh malaikat Harut dan Marut."
Maka menangislah Jibril dan menangis pula Rasulullah. Lama keduanya menangis, lalu datanglah seruan dari langit yang berbunyi "Hai Jibril, hai Muhammad, sesungguhnya ALLAH AZZA WA JALLA telah menjamin engkau berdua tidak akan sampai durhaka."
Lalu Jibril naik ke langit, dan Rasulullah meneruskan perjalanan beliau;sehingga bertemu dengan sekelompok orang-orang Ansar sedang bermain dan ketawa-ketawa. Lalu berkata Rasulullah kepada mereka:
"Apakah kamu ketawa-ketawa, sedang di belakangmu Neraka JAHANNAM, sekiranya kamu tahulah akan apa yang saya ketahui, sungguh kamu akan ketawa sedikit dan akan menangis banyak, kamu tak akan makan dan tak akan minum, malah akan menuju ke tempat-tempat tinggi untuk bermohon dan minta perlindungan ALLAH."
Diriwayatkan oleh Ahmad dari Anas bin Malik: Rasulullah menanya Jibril "Kenapa saya tidak pernah melihat Mikail ketawa? Jawab Jibril " Tidak pernah Mikail ketawa SEJAK DICIPTAKAN ALLAH NERAKA."
Diterangkan pula bahawa Nabi Muhammad SAW sendiri pun tak pernah ketawa sejak mengetahui keadaan Neraka. Beliau hanya pandai tersenyum sejak waktu itu. Hanya kita manusialah yang bodoh-bodoh, sehingga terlalu banyak ketawa terbahak-bahak, sekalipun sudah diterangkan demikian hebatnya Neraka itu. Ketawa terbahak-bahak menunjukkan kebodohan. (petikan daripada 'Hidup Sesudah Mati' - Bey Arifin)
Dunia ini merupakan penjara bagi orang Mukmin, dan syurga bagi orang musyrik.
Semoga menjadi pedoman itu diamalkan dan disampaikan.
Ya ALLAH, Ya Khaliq, jauhilah kami dari godaan syaitan, dari fitnah Dajjal, dari fitnah dunia, dari amalan yang tidak diterima, dari azab kubur, dari api neraka.Allah SWT sebaik-baik tempat berlindung.
1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.
2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.
3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dr jari kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa benda pun akan start dr kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri impact/kesan yg besar pd masa depan.
4. Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcm jari manis. Ms remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.
5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yg stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.
6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind.
7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa2 rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.
See all ur fingers and renung/fikir dalam2. Dimana anda sekarang?
Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu
Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu
Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu
Amin
----------------- Islam Is The Way Of Life, Belilah Keredhaan Allah swt walaupun terpaksa menjual kebencian manusia.... Mardhatillah in our life....
Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan perempuan dan memberikan keindahan- keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Anda ingin lebih cantik dan menarik ???
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian"
# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.
'I ain't prepare MY LORD, please, please forgive me, thank you Allah, thank you, for let me in live...'
Tidurlah sayangku ucapkanlah, 'Bismikallah humma ahya wa'amut', dengan namaMu YA Allah, ku hidup dan ku pergi, pabila bangun pagi ucapkanlah, 'Alhamdulilla hillazi ahya na ba'dama amatana waillahin nusyur ', syukur padaMu yang menghidupkan kami... syukur padaMu yang menghidupkan kami...
And the name of Allah, I live in this world and i died, 'BismikAllah humma ahya wa'mut ', 'Alhamdulilla hillazi ahya na ba'dama amatana waillahin nusyur ',
segala puji hanya UntukMu, yang menghidupkan setelah mematikan kami, hanya padaMu kami semua pasti dibangkitkan semula,
'BismikAllah humma ahya wa'mut ',
And the name of Allah, I live in this world and i died,
'BismikAllah humma ahya wa'mut ',
*Rap
Bismikallah in the name of Thee My every reason to live, every reason to give As I woke up still fine still breathing right Looking high at the sky with a feelin' hard to describe How loving are You God, it could just be the end when i sleep But You keep givin' me chances with an opportunity to see And I would like to seek Your true path, I've always been too bad Last night before i sleep all of a sudden... I'm get'in too scared
I ain't prepared, my Lord please, please forgive me Thank You Allah, thank You for lettin me live, Touched by Your mercy, I'll be a good servant On this stage of life till You put down the curtain
kau datang padaku seperti biasa ku sambut bahagia dengan tangan terbuka kau balas dengan senyuman seadanya ku tahu ada sesuatu yang berbeza
kau hanya diam seribu bahasa hanya di matamu yang cuba berbicara bahwa saat ini hatimu terluka kau tahu ku ada di sini untukmu
mencuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata hingga kau pun tak kuasa berderailah airmata dalam pelukku kau curahkan semua
menangislah... kadang manusia terlalu sombong tuk menangis lalu untuk apa airmata telah dicipta bukan hanya bahagia yang ada di dunia menangislah... di bahuku kau berikanku kepercayaan bahwa laramu adalah haru biruku kerna ku adalah sahabatmu
menangislah...(dibahuku ku disini untukmu) menangislah...(dibahuku kerna ku sahabatmu)
Pertemuan yang ku idam Masih belum bersua Perpisahan yang ku takutkan Hadir sudah tiada ku pinta Harapan pudar mati ‘tuk mencari lagi Bagai lilin yang menerangi Lalu padam jua
Apalah yang mampu ku beri Agar rasa ingin berkasih hadir dalam diri Tak mampu ku mendusta hati ini lagi
Cinta yang tersulam tulus Ku rasakan pupus Hingga ada terluka Pada setiap bicara ku Kasih yang mengukir mesra Hilang dalam tawa Namun ingin ku semula Merasai nikmatnya
Mampukah rayuanku ini membuatkan ia kembali Setiap kemanisan cinta yang tulus dan suci Hadirkanlah sekali lagi cuma agar bernyawa cinta semula Maafkan aku andai keterlaluan pintaku ini
aku selalu selalu bertanya pada diri, couple tu blh ke tak dlm Islam?....blh ke tak ni?....
one day, one of my friend dpt article dari IKIM ttg couple dlm Islam....it answers my question clearly.... selalu bertanya pada diri, couple tu blh ke tak dlm Islam?....blh ke tak ni?....
one day, one of my friend dpt article dari IKIM ttg couple dlm Islam....it answers my question clearly....
apa kata Islam ttg couple?.... sebesar2 tajuk yg ditaip dlm article "percintaan : HARAM !!!!" dlm Islam tiada istilah bercouple....kalau benar seorang lelaki itu mencintai seseorg wanita seikhlas hatinya, tidak blh dia bercouple.... bercouple adlh dtg dari nafsu....buat apa menurutkan nafsu?.... dalam Islam yg ada hanyalah perkahwinan....cara2nya,....bila seorg lelaki itu tersuka kat seorg wanita tak kira lah member ke, tak pernah kenal ke,....dia kena solat istikharah dahulu sblm memulakan langkah....minta petunjuk ALLAH benarkah si dia itu adlh jodoh yg telah ALLAH tetapkan.... kemudian, andai dah dpt petunjuk benar si dia jodoh yg ALLAH tetapkan, kena approach parents dia....bkn nyer approach dia....lelaki ni kenalah minta izin kat parents nak kawan ngan perempuan ni dan niat dia berkawan kenalah nak memperisterikan perempuan ni, bukan sekadar main2 ek.... pastu, kalau perempuan ni pula kena buat solat istikharah minta petunjuk dari ALLAH betul tak lelaki ni jodoh dia....kalau dah dpt petunjuk dari ALLAH dan parents kata ok,....tak ber makna blh dating, keluar bersama2 dan sbgnya.... step seterusnya kena cpat2 tetapkan tarikh kahwin....pastu kahwin la, and happy ever after....Insya ALLAH....
so,....sedar tak yg sebenarnya step2 di atas adlh step utk meminang ?....
kesimpulannya, dlm Islam tak der istilah couple.... kpd sahabat2 yang saya sayangi dan kasihi, marilah kita sama membanteras gejala2 bercouple ni sbb bermula dari couple, mcm2 blh terjadi, tak pyh la di sini saya sebutkan complication2 yg timbul slps bercouple....hehe, mcm hypertension lak ada complication2.... sanggupkah kita gadaikan agama hanya utk kepuasan diri?.... ingat, kita muslim diperhati oleh non-muslim, mcm mana nak berdakwah kalau diri songsang?....
ermm...pada sape yg terasa...maaf dipinta..sekadar renungan kita bersama...
i do believe in this words, deep down if u guys ask urself, we already have the answer, ALLAH the almighty have always slipped in the answer in our heart, it's just that we rather listen to the 'other' voice than the one that's already there...
erm...salam...alhamdulillah....ni lah yg dikatekan rezeki manusia..hehe, aku dapat gak jejakkan kaki ke mmu cyber, utk g mmu award...alhamdulillah, thanx to akhi 5ruz...kalu die tak bawk,,,x rase gak g sne....tq so much...wlaupun yg g sne tu pakai gle2 glamour...aku bgaikan orng??hesh...pakai bju kurung...seliper..cm orng pe ek...alah...lantak lah..tp mmg best gak...tp sedih sbb nasyid x mng ape2...kkb mng..iu pon ye...nasyid je...sedihnye...myb x de rezeki..ape blh aku buat..mgkn ade silap nye....aku pun x tau....erm...ni ade gmbr ckit mse mmu award...n gmbr2 time dinner iu..nak kate pasl dinner ni ek...tak de ape2 yg special kot...bese2 je..mals nk citer pepnjg....yg ade gmbr...tu je lah